“Tiada tanda serangan haiwan liar” – Jasad Nur Izzati Humaira Ditemui Dalam Keadaan Sempurna

26 May 2026 • 3:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

nur izzati humaira bukit changkat asa

Misteri kehilangan remaja perempuan Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim, pada Sabtu lalu terungkai apabila ditemukan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat mangsa ditemukan di luar laluan mendaki oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 11.59 pagi.

Menurutnya, mangsa ditemui pada jarak kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan kira-kira 500 meter dari lokasi terakhirnya dilihat.

“Pemerhatian awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dengan berpakaian penuh serta tiada tanda-tanda serangan haiwan liar dikesan di lokasi,” katanya.

@loefakhrul

Alhamdulillah. mangsa telah dijumpai oleh 5 anggora Pasukan Khas Storm dan Jurulatih Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu pada jam 11.58 minit pagi. Operasi ditutup. hentikan kontreversi dan khurafat.

707931791 18597126436037428 4869256678413504211 n

Kini, mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

Terdahulu, operasi SAR yang memasuki hari keempat hari ini dimulakan pada jam 8 pagi dengan penglibatan pelbagai agensi keselamatan selepas ditangguhkan pada jam 6.30 petang semalam.

Nur Izzati Humaira dipercayai tersesat sekitar jam 10.50 pagi Sabtu lalu ketika menuruni bukit bersama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian agar tiba lebih awal kerana berasa panas dan penat.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.