Pengarah Berang Dengan Fizz Fairuz, Macam Salahkan Azhan Rani – “Taktau Cerita Jangan Memandai”

Entertainment
2 Mar 2023 • 4:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ni, Ohmedia ada kongsikan pandangan dari pelakon senior, Fizz Fairuz yang meluahkan rasa sedihnya terhadap nasib anak seni.

Kenyataan itu dikongsikannya selepas insiden kemalangan ketika penggambaran melibatkan pelakon Fasha Sandha.

image is not available

Sedar dengan perkongsian Fizz Fairuz ini, pengarah drama ‘Anak Tuan’ iaitu Along Kamaludin meminta Fizz untuk tidak memandai-mandai dalam mengeluarkan pandangan tentang apa yang berlaku.

image is not available

Macam ni lah, kalau taktau cerita janganlah nak memandai-mandai. Nak jadi keyboard warrior, FULL STOP. Kemalangan terjadi di mana-mana.

Tak setuju Fizz kata Seniman tak buat kerja…

Dalam pada itu, Along turut menafikan tuduhan Fizz yang mengatakan Seniman tidak melakukan apa-apa. ini kerana, Seniman pernah memberikan sumbangan kepadanya sebanyak RM500 ketika dia sakit.

Benda dah nak jadi, tak perlu nak salahkan sesiapa. Kun Fayakun, masa aku sakit terlantar di hospital dulu, seniman ada bagi sumbangan RM500 pada aku walaupun aku tak meminta. Macam ne tuduh seniman tak buat apa-apa?

image is not available

image is not available

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.