Pengarah KPDN Kelantan meninggal dunia

7 Apr 2026 • 8:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jenazah Allahyarham Azman akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuin Pasir di Jelawat, Bachok.

KOTA BHARU - Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail meninggal dunia awal pagi Selasa.

Menurut laman Facebook rasmi KPDN Kelantan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.40 pagi ketika sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Baqi Mukim Mujur, Jelawat di Bachok pada jam 9.00 pagi.

Selepas itu, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuin Pasir, di Jelawat, Bachok.

Allahyarham sebelum itu ditidurkan sejak seminggu lalu akibat komplikasi penyakit kanser usus dan telah berada dalam pemantauan dan rawatan sejak beberapa bulan yang lalu.

Beliau meninggalkan seramai enam orang ahli keluarga termasuk seorang isteri dan lima anak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved