Pengarah Ladang Farm Fresh Disahkan Maut Dalam Nahas Helikopter

4 Mar 2026 • 4:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pengarah Ladang Farm Fresh, Jacob A/L Mathan, 35 tahun, disahkan meninggal dunia selepas helikopter dinaikinya terhempas di Filipina.

Berita duka itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh, Loi Tuan Ee menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook syarikat berkenaan.

Menurut kenyataan tersebut, Jacob menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.20 pagi Selasa. Mendiang yang sedang mengadakan lawatan tapak ladang yang berpotensi maut apabila helikopter tersebut terhempas di Pililla, Filipina.

Helikopter tersebut didakwa mengalami masalah enjin sebelum terhempas.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh Filipina, Shawn Pu turut mengalami kecederaan dan kini dilaporkan stabil.

Baca juga:

Menelusuri hidupnya, Jacob menyertai syarikat tersebut pada 13 tahun yang lalu sebagai pelajar yang menjalani latihan industri.

“Saya masih ingat dengan jelas pada hari pertama mendiang menyertai saya di Mawai Farm. Mendiang menunjukkan sikap bertanggungjawab yang tinggi, keinginan yang tinggi untuk belajar dan lebih penting, mendiang merupakan seorang yang baik hati,” kongsi Loi.

Berita lanjut menyusul.