Pengarah Ladang Farm Fresh, Jacob Mathan Disahkan Maut Dalam Nahas Helikopter

LocalBusiness & Finance
4 Mar 2026 • 4:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pengarah Ladang Farm Fresh, Jacob Mathan, 35 tahun, disahkan meninggal dunia selepas helikopter dinaikinya terhempas di Filipina.

Berita duka itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh, Loi Tuan Ee menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook syarikat berkenaan.

Menurut kenyataan tersebut, Jacob menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.20 pagi Selasa. Mendiang yang sedang mengadakan lawatan tapak ladang yang berpotensi maut apabila helikopter tersebut terhempas di Pililla, Filipina.

Helikopter tersebut didakwa mengalami masalah enjin sebelum terhempas.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh Filipina, Shawn Pu turut mengalami kecederaan dan kini dilaporkan stabil.

Baca juga:

Legasi yang dibina Jacob Mathan di Farm Fresh

Menelusuri hidupnya, Jacob menyertai syarikat tersebut pada 13 tahun yang lalu sebagai pelajar yang menjalani latihan industri.

“Saya masih ingat dengan jelas pada hari pertama mendiang menyertai saya di Ladang Mawai. Mendiang menunjukkan sikap bertanggungjawab yang tinggi, keinginan yang tinggi untuk belajar dan lebih penting, merupakan seorang yang baik hati,” kongsi Tuan Ee.

Mendiang disifatkan sebagai seorang yang mempunyai perwatakan ceria, bertutur bahasa dan baik pekerti tanpa mengira sesiapa. Malah, mendiang turut berbuat ihsan terhadap lembu-lembu di ladang milik Farm Fresh.

“Sepanjang kerjayanya, mendiang meniti tangga kerjaya dengan penuh profesional dan menjadi Pengarah Ladang. Mendiang merupakan seorang yang profesional dalam urusan kerja dan sangat dipercayai.

“Sumbangan mendiang kepada syatikat amat bernilai, terutamanya bahagian perladangan dan dalam masa yang sama membina hubungan baik dengan pasukan, kontraktor dan pembekal.

“Mendiang turut membina hubungan yang kukuh dan kepercayaan bersama agensi kerajaan, terutamanya Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan lain lagi,” katanya.

Dalam menzahirkan kedukaan, Tuan Ee mengungkapkan bahawa legasi yang ditinggalkan mendiang akan tetap dihormati.

“Mari kita sama-sama berusaha untuk menjadi lebih kuat meskipun menghadapi dugaan ini,” ujar beliau.