Pengarah PBT, suami ditahan disyaki salah guna kuasa

16 Aug 2022 • 6:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Seorang pengarah sebuah majlis perbandaran di negeri ini bersama suaminya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa dipercayai terlibat salah guna kuasa bagi tempoh antara 2019 dan 2020. Menurut sumber, wanita berkenaan telah menggunakan kedudukannya dengan mempelawa syarikat yang mana suaminya mempunyai kepentingan untuk melakukan kerja-kerja penilaian sebuah majlis perbandaran. "Wanita terbabit dan suaminya yang berusia dalam lingkungan lewat 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Selangor sekitar kira-kira jam 1 petang. "Suspek wanita itu dipercayai telah menggunakan jawatannya dengan mempelawa syarikat perunding swasta yang mana suaminya mempunyai kepentingan bagi melakukan kerja-kerja penilaian melibatkan nilai keseluruhan lebih RM445,000," katanya dalam kenyataan pada Selasa. Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. "Kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009. "Kedua suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok (Rabu)," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved