Pengarah syarikat didakwa pecah amanah babit RM1.7 juta

LocalBusiness & Finance
28 Aug 2024 • 4:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang pengarah sebuah syarikat didakwa atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM1.7 juta tiga tahun lalu.

Wong Kim Hing, 52, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, atas kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama, Wong didakwa menggelapkan wang syarikat berjumlah RM1,507, 574.80 antara 28 April dan 29 Disember 2021.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan pecah amanah jenayah membabitkan RM200,669 antara 22 Julai dan 12 September 2022.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat atau denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 25 Sept untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

Wong, yang diwakili peguam Chen Wen Jye, dibenarkan diikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan dua penjamin tempatan.

Selain itu, Wong juga diperintahkan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran, sementara menunggu kesnya diselesaikan dan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah, jika ada.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.