Warga emas didenda RM1.5K kerana melakukan aktiviti persundalan

LocalPolitics
28 Aug 2024 • 2:28 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Dua wanita termasuk seorang warga emas didakwa di Mahkamah Majistret Muar semalam atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan.

Tertuduh, Chiew Kim Choi, 54, dan warga emas, Chew Poh Meng, 60, membuat pengakuan bersalah di atas pertuduhan tersebut yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, Chiew dan Chew didakwa mencari langganan bagi tujuan persundalan di sebuah bilik rumah kedai di Jalan Sinar Bakri, pada jam 5.15 petang, 22 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dan didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqiilah Ahmad Rofaie, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 kepada setiap tertuduh dan mengarahkan mereka dipenjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan.

Sumber: Harian Metro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved