Pengarah syarikat dipercayai jadi proksi projek GLC ditahan

10 Jan 2023 • 7:41 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Seorang pengarah syarikat swasta dipercayai menjadi proksi untuk mendapatkan projek daripada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjumlah lebih RM1 juta ringgit, empat tahun lepas (2019), direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 47 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Johor Bahru R. Salini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan pagi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut sumber lelaki itu ditahan di Pejabat SPRM Johor pada 11.35 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, beliau dipercayai menjadi proksi kepada seorang pengarah GLC dalam mendapatkan kontrak-kontrak daripada GLC berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Ibu Pejabat SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved