Pengarah urusan, pengarah syarikat didakwa kes baja esok

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 7:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pengarah urusan, pengarah syarikat didakwa kes baja esok

ALOR SETAR – Dua individu iaitu pengarah urusan dan pengarah syarikat dijangka didakwa berkaitan kes baja di Mahkamah Sesyen di sini pada esok.

Pertuduhan terhadap kedua-dua individu itu akan dibuat pada pukul 9 pagi.

Bagaimanapun, perincian berhubung pertuduhan atau jumlah kesalahan belum diketahui setakat ini.

Pada 13 September lalu, seorang pengarah urusan syarikat pembekal baja berusia lingkungan 30-an direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan SPRM menyiasat isu berkaitan kelewatan bekalan Baja 3 kepada kira-kira 40,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, di sini. – KOSMO! ONLINE

The post Pengarah urusan, pengarah syarikat didakwa kes baja esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved