Pengasas Bersama BERSATU Sertai PKR

Politics
13 Oct 2022 • 3:47 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rais Hussin

KUALA LUMPUR - Pengasas bersama BERSATU, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff sah menyertai PKR, umum Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rais, pengasas bersama BERSATU mengumumkan pengundurannya dari parti itu minggu lalu, dengan memberikan alasan prosedur jantung untuk tidak bergerak aktif sejak 2020.

Anwar mengumumkan penyertaan Rais pada sidang media hari ini dan berkata, beliau amat lantang bersuara dalam dunia akademik walaupun tidak lagi aktif bersama BERSATU. - The Vibes, 13 Oktober 2022

BERITA LANJUT MENYUSUL