[VIDEO] Bekas ahli MPT Bersatu, Rais Hussin sertai PKR

Politics
13 Oct 2022 • 4:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar memakaikan lencana logo PKR simbolik kepada penyertaan Rais dalam PKR.

PETALING JAYA – [DIKEMAS KINI] Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan juga pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff menyertai PKR hari ini.

Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, pada Khamis.

"Saya mengalu-alukan penyertaan Rais Hussin ke dalam PKR," katanya.

Anwar berkata, tidak ada sebarang perbincangan kemasukan Rais dalam PKR untuk menjadi calon.

Sementara itu Rais berkata, kehadirannya dalam PKR hanya sebagai ahli biasa dan bersedia untuk menyumbang pengalaman politiknya dalam PKR.

“Kita tahu segala statistik ekonomi keadaan kehidupan seharian amat getir dan kritikal, ringgit Malaysia menjunam, bagi pendapat saya kita kena tumpu kepada ekonomi dan kos sara hidup yang semakin tinggi harus diberi tumpuan,” jelasnya

Pada 7 Oktober lalu, Rais Hussin mengumumkan keluar daripada Bersatu.

Dalam pada itu Anwar turut mengumumkan kemasukan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Bera, Mohamed Jidi Yaakob.

Mohamed Jidi sebelum ini pernah menjadi Ketua UMNO Cawangan Felda Triang dari tahun 1995 hingga 2018 dan merupakan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Bera sehingga sekarang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved