Pengasas Program eHati Ditahan Polis Lepas Beri Keterangan Di IPD Petaling Jaya

LocalPolitics
15 Jul 2025 • 4:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor telah ditahan oleh pihak polis hari ini selepas memberikan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Memetik laporan New Straits Times, peguam mereka iaitu Datuk M Reza Hassan mengesahkan perkara itu dan menyatakan anak guamnya ditahan oleh polis IPD Shah Alam.

image is not available

gambar hiasan

Menurutnya, anak guamnya itu ditahan mengikut Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan seramai 50 individu akan dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan berhubung program motivasi rumah tangga kontroversi yang tular baru-baru ini.

Program yang dianjurkan di sebuah pusat konvensyen di Shah Alam telah mencetuskan kemarahan dan menjadi bualan orang ramai selepas beberapa bekas peserta tampil membuat pendedahan yang mengejutkan.

image is not available

Malah ada juga yang mendakwa telah diminta melakukan aksi tidak senonoh dan diberi minum sejenis air diberi nama ‘Air Piya’ yang didakwa mengandungi bahan mengkhayalkan.

image is not available 2025-07-15 12:29:38

Pengasas eHati Tampil Bersuara, Nafi Semua Tuduhan - "Kami Bantu Semua Wanita Hadapi Cabaran Hubungan Suami Isteri"