Pengasas Reddit Turut Membida Untuk Mendapatkan Operasi TikTok Di Amerika Syarikat

TechnologyDigital
3 Mar 2025 • 10:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa pihak sedia mengumumkan mereka berminat untuk mengambil-alih operasi TikTok di Amerika Syarikat. Kini, turut menyertainya adalah pengasas Reddit, iaitu Alexis Ohanian.

Alexis Ohanian sedia melabur pada sejumlah syarikat teknologi sebelum ini, termasuk seperti OpenSea dan juga Patreon. Alexis dilihat akan menyertai sejumlah pelabur lain dalam membentuk sebuah konsortium membida TikTok.

Kerajaan Amerika Syarikat sedia mengarahkan TikTok untuk menjual operasi mereka di negara berkenaan, atau menutup operasinya. Ia tidak diketahui lagi sama ada Bytedance terbuka untuk menjual operasi syarikat berkenaan, atau memilih untuk menutupnya terus.

Selain pengasas Reddit ini, pelbagai pihak lain sedia menyatakan hasrat dan minat untuk mendapatkan operasi TikTok, termasuk Oracle, Microsoft dan juga Amazon.