Pengasas tudung bawal jatuh rebah, pasrah kezaliman akan dibalas Allah

12 Mar 2024 • 10:48 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengasas tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri tiba-tiba rebah semasa majlis sambutan bulan Ramadan yang dianjurkan syarikatnya, baru-baru ini.

Pengasas tudung bawal jatuh rebah

Menerusi perkongsian rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pengasas tudung bawal itu dilihat sedang bergambar bersama para pelajar perempuan sebelum tiba-tiba jatuh rebah.

image is not available

Suasana pada ketika itu agak kelam kabut dan ditenangkan oleh pendakwah, Datuk Dr. Norhafizah Musa dan beberapa orang yang berada di situ termasuk pelakon, Datin Anne Ngasri.

Tidak lama kemudian, suaminya, Mohd Rosli Awang bertindak pantas dengan memangkunya sebelum melaungkan azan.

image is not available

Bagaimanapun, usahawa tudung bawal terkemuka itu tidak menjelaskan punca kejadian tersebut berlaku.

Akan tetapi, dia hanya menitipkan nasihat dan sedikit kata-kata mengenai kezaliman pada ruangan kapsyen hantaran video tersebut.

Menurutnya, seseorang yang dizalimi haruskan bersabar dan tahan diri daripada bertindak dalam betuk lisan dan perbuatan.

“Ketika kita dizalimi. Sabar. Tahan lisan dan perbuatan, ingat balasan Allah kepada orang-orang yang sabar.
“Yakin bahawa semua yang menimpa kita adalah dari takdir yang tidak dapat kita hindari.
“Tawakal. Pasrahkan semua urusan kepada Allah. Biarkan Allah sahaja yang menghukum dan membalas orang yang menyakiti dan membuat zalim terhadap kita.
“Muhasabah diri dan perbaiki hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia.
“Sibukkan diri dengan ilmu dan kegiatan yang bermanfaat,”tulisnya.

image is not available

Dalam hantaran yang sama, usahawan wanita itu mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Norhafizah dan juga Anne.

“Ustazah maafkan saya tidak dapat menyantuni sehingga ke majlis selesai, risaukan anak hafizah yang ditimpa oleh saya semalam, adakah baik-baik sahaja?
“Untuk adindaku, terima kasih selalu ada ketika kakak perlukan,”luahnya lagi.

Syukur diberi peluang untuk bernafas

Dalam hantaran berikutnya, pengasas tudung bawal berkenaan meluahkan rasa syukur kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk bernafas di dunia meski dipenuhi dengan ujian.

“Apabila saya rebah semalam, buka mata saja bersyukurnya saya bila mana Allah masih lagi beri peluang untuk bernafas dan hidup di dunia yang penuh dengan ujian ini,”luahnya.

image is not available

Di kesempatan itu, pengasas tudung bawal berkenaan turut bersyukur kerana dapat membayar zakat yang banyak termasuk membantu asnaf-asnaf, masjid-masjid dan surau-surau hasil daripada perniagaannya.

 

Sumber: Instagram @halizamaysuri