Pengasuh Bayi 8 Bulan Yang Meninggal Dunia Di Taska Direman 7 Hari

LocalFamily & Parenting
7 Sep 2024 • 12:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia di sebuah taska di Melaka.

Bapa bayi lelaki itu juga mengatakan rakaman CCTV mendedahkan bahawa anaknya itu telah dibedung, disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan mangsa juga ditekup dengan bantal oleh pengasuh taska tersebut.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Pengasuh terbabit iaitu seorang wanita berusia 34 tahun kemudiannya telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 13 September ini untuk membantu siasatan.

Memetik laporan Malaysia Gazette, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, pengasuh wanita itu telah ditahan oleh polis semalam di taska tersebut sekitar jam 3.30 petang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.