Pengasuh didakwa bunuh anak asuhan berusia setahun 11 bulan

LocalFamily & Parenting
4 Jun 2026 • 11:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pengasuh didakwa bunuh anak asuhan berusia setahun 11 bulan
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan. Foto hiasan

SEPANG - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan, yang merupakan anak asuhannya, di Puchong bulan lepas.

Nur Syuhaida Jamalluddin, 33, didakwa membunuh Dhiya Falisha Mustaqim antara jam 9.31 pagi hingga 11.24 pagi pada 18 Mei lepas di sebuah unit di Apartment Kiambang, Taman Putra Perdana.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarahanim Abdul Halim dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Julai ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved