Pengasuh Direman, Bantu Siasatan Kes Bayi Disyaki Didera Sehingga Patah Kaki

24 Jul 2024 • 6:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pengasuh Direman, Bantu Siasatan Kes Bayi Disyaki Didera Sehingga Patah Kaki

Seorang pengasuh telah ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kes seorang bayi disyaki didera sehingga patah di bahagian kaki kiri.

Menurut Sinar Harian, kejadian yang berlaku di Bandar Dato Onn di Johor Bahru itu melibatkan bayi perempuan berusia 2 bulan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pengasuh wanita berusia 36 tahun itu direman bermula semalam sehingga Ahad ini.

“Polis menahan pengasuh selepas ibu bapa bayi berkenaan membuat laporan polis petang Ahad lalu.

“Kes disiasat menerusi Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” ujarnya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ibu kepada bayi tersebut menyedari ada yang tidak kena pada anaknya

Terdahulu, ibu kepada bayi berkenaan membuat perkongsian di media sosial mengenai anaknya selepas menyedari ada yang tidak kena selepas diambil pada Sabtu lalu.

Malah, wanita berkenaan mendakwa suaminya turut ternampak kesan bengkak pada paha kiri mangsa ketika menukar lampin selain turut tidak aktif seperti kurang minum susu.

Bayi berkenaan kemudiannya dibawa ke sebuah klinik untuk pemeriksaan. Mangsa seterusnya telah dirujuk ke hospital kerajaan.

Pengasuh cuba menidakkan kejadian terbabit

Apabila ibu bapa kepada bayi itu menghubungi pengasuh untuk bertanyakan mengenai sebarang kejadian menimpa anaknya, dia memaklumkan tiada apa-apa yang berlaku terhadap bayi berkenaan.

Lanjutan daripada itu, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis kira-kira 4.38 petang, Ahad lalu di Balai Polis Dato Onn.

Sumber: Sinar Harian