Bapa Nampak Kesan Bengkak, Kaki Anak Umur 2 Bulan Patah Disyaki Didera Pengasuh

Entertainment
24 Jul 2024 • 4:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu kes menyayat hati berlaku baru-baru ini di mana seorang bayi berusia 2 bulan disyaki didera oleh pengasuh sehingga menyebabkan kakinya patah.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pengasuh wanita berusia 36 tahun itu direman selama enam hari bermula Selasa sehingga Ahad.

image is not available

“Polis menahan pengasuh selepas ibu bapa bayi berkenaan membuat laporan polis petang Ahad lalu. Kes disiasat menerusi Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Bapa kepada bayi berkenaan menyedari perkara itu selepas ternampak kesan bengkak pada paha kiri bayi tersebut ketika menukar lampinnya, dia juga menyedari anaknya itu tidak aktif seperti kurang minum susu.

Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah klinik untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke hospital kerajaan.

Difahamkan, ketika ibu bapa bayi itu menghubungi pengasuh untuk bertanyakan mengenai sebarang kejadian menimpa anaknya, dia memaklumkan tiada apa-apa yang berlaku terhadap bayi berkenaan.

Bapa bayi tersebut kemudian membuat laporan polis pada jam 4.38 petang, Ahad lalu di Balai Polis Dato Onn.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.