Pengawal keselamatan maut, motosikal langgar kerbau

24 Oct 2024 • 2:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa maut selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar kerbau di KM29 Jalan Temerloh-Bandar Jengka pada Khamis. Foto ihsan PDRM

image is not available
Keadaan kerbau yang mati dilangar dalam kejadian tersebut. Foto ihsan PDRM

image is not available
Antara motosikal yang terlibat dalam kejadian tersebut. Foto ihsan PDRM

MARAN - Perjalanan seorang pengawal keselamatan ke tempat kerja bertukar tragedi apabila motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau di Kilometer (KM)29 Jalan Temerloh-Bandar Jengka di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, kemalangan melibatkan tiga motosikal iaitu jenis Honda NF1004-MA, Yamaha 135LC ES dan Yamaha Y15ZR.

Menurutnya, mangsa iaitu Kamarulzaman Ariffin, 54, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal Honda NF1004-MA dari arah Jengka 16 menghala ke arah tempat kerja di Hospital Temerloh.

"Apabila sampai di lokasi kemalangan, dipercayai tiba-tiba seekor kerbau melintas dari kiri ke kanan jalan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar kerbau tersebut," katanya.

Ujarnya, dua motosikal lain iaitu Yamaha 135LC ES dan Yamaha Y15ZR turut melanggar kerbau yang terbaring di tengah jalan.

"Penunggang Yamaha 135LC ES iaitu remaja lelaki berusia 15 tahun cedera dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pekan Awah manakala penunggang Yamaha Y15ZR iaitu lelaki berusia 21 dirawat di Hospital Temerloh," tambahnya.

Ujar Mohamad Zamri, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved