Pengawal Keselamatan Warga Malaysia Dipenjara Di Singapura Kerana Terima Rasuah RM95

17 Jan 2025 • 10:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara menerima rasuah sebanyak S$29 (RM95) daripada seorang penghuni warga Bangladesh ketika di Singapura, pengawal keselamatan warganegara Malaysia dihukum penjara empat minggu.

Menurut laporan, Tanayogaraj Nagaraji, 40 tahun, sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan pada 22 November 2024 di Avery Lodge Dormitory dan ketika itu satu serbuan telah dilakukan oleh ihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) serta Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA).

Lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun itu, Hasan Kamrul telah didapati memiliki sebatang rokok seludup tetapi Tanayogaraj tidak melaporkan perkara tersebut kepada pihak atasan sebaliknya meminta rasuah S$30 daripadanya untuk ‘menutup kes’.

image is not available

Gambar hiasan

Bagaimanapun, Hasan yang tiada wang mencukupi telah meminjam sebanyak S$14 daripada seorang rakan dan menyerahkan S$29 kepada Tanayogaraj di pondok kawalan keselamatan.

Selepas mendapat wang rasuah itu, Tanayogaraj telah berbelanja sebahagian daripadanya untuk membeli minuman dan baki S$27 pula disembunyikan di bawah tikar komputer tempat kerjanya.

Rasuah tersebut terbongkar apabila seorang pekerja pembersihan melihat Hasan meminjam wang dan telah menyaksikan pertukaran wang antara kedua-dua mereka.

image is not available

Gambar hiasan

Pekerja pembersihan itu melaporkan insiden tersebut namun ketika disoal siasat Tanayogaraj pada mulanya menafikan tuduhan menerima wang rasuah terbabit.

Namun dia akhirnya ditahan selepas polis Singapura membuat pemeriksaan di pondok kawalan dan telah menjumpai wang S$27 yang disorokkannya.

Tanayogaraj mengaku bersalah atas tuduhan rasuah serta memiliki pas kerja Hasan secara tidak sah. Dia dilaporkan dijatuhi hukuman penjara selama empat minggu dan didenda sebanyak S$2.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Lebih Ramai Pegawai Bank Akan Ditangkap Kes Rasuah & Pengubahan Wang Haram - Azam Baki