Pengawal pengiring kenamaan mengaku cederakan pemandu e-hailing OKU

LocalPolitics
4 Nov 2024 • 12:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal pengiring kenamaan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan mencederakan seorang pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU), pada enam bulan lalu.

Muhammad Taufik Ismail membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Farah Nabihah Muhammad Dan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Ong Ing Keong, 47, di hadapan sebuah hotel di sini pada jam 11.40 pagi, 28 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun, atau denda sehingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

AKAN MENYUSUL