Visual Intelligence Adalah Jawapan Apple Kepada Google Circle To Search

TechnologyDigital
10 Sep 2024 • 12:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acara Apple Event yang berlangsung pagi tadi jelas ternyata Apple ingin memasarkan iPhone 16 sebagai peranti AI. Lagi-lagi dengan butang fizikal Camera Control yang bukan sahaja butang pengatup kamera tetapi juga adalah butang carian dengan kamera menggunakan AI iaitu Visual Intelligence.

image is not available

Visual Intelligence dilihat adalah jawapan Apple kepada ciri Android, Google Circle to Search. Tanpa perlu menyentuh skrin, pengguna hanya perlu tekan dan tahan butang ini untuk kamera iPhone 16 melihat objek atau persekitaran dan memberi pengguna informasi tambahan. Misalnya, tunjuk ke restoran ia akan memaparkan waktu operasi serta pendapat pengguna. Jika tunjuk kepada haiwan, ia akan memberitahu jenis dan baka dan banyak lagi.

image is not available

Apple Visual Intelligence turut dikatakan boleh diintegrasikan dengan model AI pihak ketiga. Ciri ini hanya akan ditawarkan pada hujung tahun akan datang. Visual Intelligence dan butang Camera Control turut membuktikan yang dunia tidak memerlukan peranti fizikal AI seperti Rabbit R1 atau Humane AI Pin kerana telefon pintar sudah boleh menjadi peranti fizikal AI.