Pengecas wayarles kereta BMW didakwa jahanamkan cip NFC iPhone 15

Digital
3 Oct 2023 • 10:25 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Segelintir pemilik kereta BMW melaporkan terdapat isu pada iPhone 15 mereka apabila menggunakan pengecas wayarles yang terbina di dalam kenderaan mereka. Didapati yang selepas beberapa ketika mengecas, iPhone 15 mereka terpadam dan pergi ke mode data recovery. Selepas itu, mereka dapati yang beberapa ciri penting iPhone 15 tidak lagi berfungsi.

Ciri tersebut adalah Apple Pay dan kunci kereta digital dan disebabkan kedua-duanya memerlukan cip NFC, makanya dipercayai yang komponen tersebut telah rosak. Ada yang berkongsikan tangkap layar yang mengandungi mesej ralat "Could Not Set Up Apple Pay".

image is not available

Terdapat pengguna yang berjaya menukar kepada unit baharu dan perkara yang sama masih berlaku.Buat masa ini, tiada kenyataan rasmi daripada sama ada BMW mahupun Apple dan tiadak pihak telah ambil maklum tentang isu ini, tidak seperti isu pemanasan luar biasa iPhone 15 yang kami laporkan tempoh hari.

Tidaklah diketahui mengapa isu ini tidak dihadapi oleh model-model sebelum ini. Adakah iPhone 15 diberikan cip NFC yang lebih baharu dan sensitif?

Sumber: MacRumors

Bacaan berkaitan