Pengecat kereta maut nahas dua motosikal

20 Dec 2025 • 9:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan salah sebuah motosikal yang terbabit dalam kemalangan tersebut.
image is not available
Lokasi kemalangan di Jalan Felda Semenchu–Kota Tinggi, Johor.

KOTA TINGGI – Seorang pengecat kereta maut, manakala seorang pelajar sekolah cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Felda Semenchu–Kota Tinggi pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut pada jam 9.45 malam yang melibatkan dua motosikal.

“Kemalangan tersebut melibatkan motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa, iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun, dengan motosikal jenis Y15ZR yang ditunggang pelajar sekolah berusia 17 tahun.

“Disyaki kemalangan berlaku apabila salah sebuah motosikal dilanggar dari belakang sehingga menyebabkan kedua-duanya terbabas ke bahu jalan.

**media[3377450]**

“Akibatnya, penunggang motosikal jenis 135LC mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian, manakala penunggang motosikal jenis Y15ZR pula mengalami kecederaan di bahagian muka dan kaki serta sedang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah Yusof, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun, denda antara RM20,000 hingga RM50,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama di jalan raya,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved