Polis Cari Saksi Kemalangan Maut Babit Pengantin Baharu

LocalPolitics
16 Dec 2025 • 11:36 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis Kuala Lumpur sedang mengesan saksi awam, termasuk pemilik rakaman kamera papan pemuka (dashcam), bagi membantu siasatan kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Kuchai Lama, yang berlaku awal pagi 8 Disember lalu.

Polis cari saksi kemalangan

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan dijalankan susulan penularan rakaman video kejadian tersebut di media sosial.

image is not available

Menurutnya, insiden kira-kira jam 12.30 tengah malam itu membabitkan motosikal Honda RS150 yang ditunggang lelaki berusia 25 tahun serta sebuah kereta Honda City dipandu lelaki berusia 38 tahun.

Artikel lain: Pemandu Proton Wira Gagal Potong Kereta Lain Punca Kemalangan Trak Babit Anggota Tentera Maut

Kedua-dua kenderaan dipercayai bergerak dari arah Sri Petaling menuju ke Jalan Klang Lama.

“Siasatan awal mendapati motosikal berkenaan melalui selekoh sebelum berlaku perlanggaran dengan sebuah kereta yang datang dari arah sama,” katanya.

image is not available

Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk rawatan lanjut.

Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 7.11 pagi keesokan harinya.

Beliau berkata, kes berkenaan pada mulanya disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum ditukar kepada Seksyen 41(1) akta sama susulan kematian mangsa.

image is not available

Menurutnya, pihak polis telah merakam keterangan pemandu kereta terlibat dan kertas siasatan kini berada di peringkat akhir sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Orang awam yang mempunyai maklumat atau rakaman berkaitan kejadian diminta tampil membantu dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Salehuddin Musa di Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Malaysia Gazette (Mohd Zaini Samsu Hadi)

The post Polis Cari Saksi Kemalangan Maut Babit Pengantin Baharu appeared first on Borak Daily.