Pengeluaran Cip Telefon Pintar Susut 15% Pada H1 2026

TechnologyDigital
30 Jul 2026 • 9:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengeluaran Cip Telefon Pintar Susut 15% Pada H1 2026

Pengeluaran cip untuk telefon pintar global susut 15% pada H1 2026 yang menjadi petunjuk paling jelas ramalan pengeluaran telefon pintar 2026 akan turut susut bakal menjadi kenyataan. Menurut laporan Counterpoint Research, mereka menjangka pengeluar cip telefon pintar akan susut 14% sepanjang 2026 dengan cip kelas permulaan akan susut 30% jika dibandingkan dengan 2025.

Image from: Pengeluaran Cip Telefon Pintar Susut 15% Pada H1 2026

MediaTek memegang 32% pasaran cip pada H1 2026 dengan ia adalah penyusutan daripada 37% yang dipegang pada H1 2025. Qualcomm di tempat kedua dengan 22% diikuti oleh Apple (19%), Unisoc (13%), Samsung (8%) dan baki 5% untuk lain-lain.

Dalam kes MediaTek, pengeluaran cip mampu milik 5G mereka terjejas tetapi cip mercu seperti Dimensity 9500 mencatatkan peningkatan. Ini adalah kerana pengeluar memilih menggunakan cip Unisoc untuk peranti kelas permulaan. Di Qualcomm pula pengeluar cip mercu mula mendatar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved