
Redmi dilihat cuba melangkah ke tahap baharu selepas tularnya imej promosi untuk model akan datang mereka iaitu K100 Pro. Peranti ini diperlihatkan dengan rekaan berwarna merah gelap yang elegan dan dipercayai bakal hadir dengan skrin berkadar segar semula 185Hz iaitu satu pencapaian baharu dalam industri telefon pintar.

Jika dibandingkan, standard biasa telefon masa kini masih menggunakan kadar segar semula 60Hz manakala model premium kebanyakannya menawarkan 120Hz -144Hz untuk pengalaman tatalan dan permua yang lebih lancar. Tahap ini sudah dianggap memadai bagi kebanyakan penawaran semasa. Namun dengan panel 185Hz, Redmi jelas cuba mencipta fenomena baharu dalam segmen peranti mudah alih. Langkah ini ditujukan khusus kepada pengguna yang mahukan paparan responsif sekali gus meletakkan Redmi sebagai peneraju inovasi dalam teknologi paparan telefon pintar.
Selain aspek teknikal, pilihan warna merah gelap yang digunakan turut menarik perhatian kerana jarang ditawarkan dalam siri terdahulu. Warna ini diyakini berpotensi menjadi trend baharu dalam rekaan telefon pintar. Dari segi reka bentuk, K100 Pro masih mengekalkan DNA siri sebelumnya seperti K90 Pro Max dengan bonggol kamera memanjang di bahagian belakang serta tubuh bersegi yang besar. Buat masa ini, tiada tarikh pelancaran rasmi didedahkan.





