Pengeluaran getah asli turun 29.6% pada November 2025 - DOSM

LocalBusiness & Finance
13 Jan 2026 • 3:06 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pengeluaran getah asli turun 29.6% pada November 2025 - DOSM image is not available liza13/01/2026 - 15:06 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 13 Jan – Pengeluaran getah asli Malaysia mencatat penurunan 29.6% kepada 20,891 tan metrik pada November 2025 berbanding 29,673 tan metrik pada Oktober 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

 

Laporan perangkaan bulanan itu mendedahkan penurunan tahunan lebih ketara iaitu 48.2% daripada 40,341 tan metrik pada November 2024.

 

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata pengeluaran getah asli pada November 2025 disumbangkan oleh pekebun kecil iaitu 83.3% berbanding estet sebanyak 16.7%.

 

“Jumlah stok getah asli pada November 2025 menurun 17.3% kepada 120,208 tan metrik berbanding 145,422 tan metrik pada Oktober 2025. 

 

“Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 76.7%, diikuti kilang pengguna getah 23.1% dan estet 0.1%.

 

“Eksport getah asli Malaysia berjumlah 37,150 tan metrik pada November 2025, menurun 29.8% berbanding 52,932 tan metrik pada Oktober 2025,” katanya dalam kenyataan tersebut.

 

China kekal sebagai destinasi utama eksport dengan sumbangan 50.8% daripada jumlah keseluruhan, diikuti Jerman 15.1%, Emiriah Arab Bersatu 12.5%, Amerika Syarikat 5.7% dan Turkiye 2.2%.

 

Produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan, tayar, tiub dan benang getah menjadi penyumbang utama eksport, dengan sarung tangan getah mencatat nilai RM0.9 bilion, menurun 25.8% daripada RM1.2 bilion pada Oktober 2025.

 

Analisis harga purata bulanan menunjukkan Lateks Pekat meningkat 0.4% kepada 571.93 sen sekilogram daripada 569.84 sen sekilogram pada Oktober 2025, manakala getah sekerap menurun 1.8% kepada 589.83 sen sekilogram berbanding 600.44 sen sekilogram. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved