Photo by Casablanca from Pexels
Rata-rata terlalu banyak dipersoalkan apabila fasa endemik ini berlaku. Banyak kes jenayah berlaku dan juga merungut akibat kenaikan harga asas di pasaran. Oleh itu, satu gerakan yang terbaru telah terhasil susulan daripada isu ini. Ada individu sudah membuat satu gerakan untuk pengeluaran KWSP kali kedua. Ini adalah sesuatu yang baru, namun ianya boleh juga memberi impak kepada kita semua. Di artikel ini membincangkan apa kebaikan dan keburukan daripada pengeluaran KWSP 2.0 sekiranya berlaku.
Membantu golongan pekerja
Isu tentang pekerjaan bukan sesuatu yang baru. Namun kita kena sedar bawah isu ini boleh menjadi lebih besar sekiranya kita lebih memanjakan masyarakat kita. Cuba kita lihat sejenak di restoran mamak yang ada di seluruh negara, ramai yang mencari pekerja untuk operasi mereka. Ada juga yang sudah berikan gaji yang tinggi untuk bekerja, namun masalah pekerja masih lagi sama.
Adakah sebab kewangan, ramai orang masih lagi dihimpit dengan masalah yang sama. Ianya akan membantu pekerja yang baru sahaja masuk ke alam pekerjaan, kerana banyak inisiatif kerajaan yang membantu golongan ini.
Tidak membantu kelestarian
Dalam kehidupan, kelestarian adalah penting. Jika kehidupan yang tidak stabil dari segi kewangan, keagamaan dan juga sosial, maka banyak perkara yang tidak baik akan berlaku. Dalam isu ini, mungkin akan membantu kewangan dalam jangka masa pendek, tetapi untuk jangka masa panjang ianya akan membuat segala perancangan kewangan menjadi tidak tersusun.
Melatih rakyat lebih ‘survive’
Mungkin ada yang tidak setuju dengan pernyataan ini. Namun begitu, kita sudah pun menghadapi kesannya iaitu lambakan usahawan kecil. Usahawan kecil dilihat lebih banyak berbelanja dan kekurang pekerja. Akibat daripada tangga gaji yang menaik, rakyat semakin memilih pekerjaan yang memerlukan kurang usaha tetapi hasil yang besar. Ini adalah persaingan yang hebat daripada platform ‘gig-economy’
Tidak ada salah dan betul dalam artikel ini. Suasana menjadi lebih meruncing kerana tahap ekonomi kita masih dalam perjalanan membangun. Jika kita lebih memikirkan untuk lebih usaha tanpa hiraukan ekonomi semasa yang digemburkan teruk, maka kita akan menemui sinarnya.
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


