Pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia naik 2.35% pada Ogos, eksport susut 0.29% - MPOB

LocalBusiness & Finance
10 Sep 2025 • 2:19 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia naik 2.35% pada Ogos, eksport susut 0.29% - MPOB

image is not available

10/09/2025 - 14:19

KUALA LUMPUR 10 Sept - Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia meningkat sebanyak 2.35% bulan ke bulan kepada 1.86 juta tan pada Ogos berbanding 1.81 juta tan pada Julai, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Namun, eksport minyak sawit negara mencatatkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 0.29% kepada 1.32 juta tan pada bulan lepas daripada 1.33 juta tan pada bulan sebelumnya.

MPOB dalam Laporan Prestasi Industri Minyak Sawit Malaysia Ogos 2025 berkata, pengeluaran isirung sawit meningkat sebanyak 2.66% bulan ke bulan kepada 443,077 tan daripada 431,615 tan pada Julai.

Sementara itu, pengeluaran minyak isirung sawit mentah menurun sebanyak 4.39% bulan ke bulan kepada 208,655 tan daripada 218,239 tan sebelumnya manakala dedak isirung sawit susut sebanyak 4.63% bulan ke bulan kepada 227,473 tan daripada 238,511 tan.

Mengenai inventori, MPOB berkata stok MSM naik sebanyak 5.45% kepada 1.08 juta tan pada Ogos daripada 1.02 juta tan pada bulan sebelumnya manakala stok minyak sawit terproses menokok sebanyak 3.00% bulan ke bulan kepada 1.12 juta tan daripada 1.09 juta tan sebelumnya.

“Ini menyebabkan jumlah inventori minyak sawit meningkat sebanyak 4.18 peratus kepada 2.20 juta tan pada Ogos daripada 2.11 juta tan pada Julai,” katanya.

Sementara itu, eksport minyak isirung sawit melonjak sebanyak 22.91% kepada 110,656 tan daripada 90,028 tan sebelumnya manakala eksport dedak isirung sawit merosot sebanyak 30.82% bulan ke bulan kepada 175,874 tan berbanding 254,239 tan.

Eksport oleokimia turun sebanyak 7.28% bulan ke bulan kepada 230,988 tan daripada 249,128 tan manakala eksport biodiesel menguncup sebanyak 37.32% kepada 30,833 tan bulan ke bulan daripada 49,195 tan.

“Import MSM pada Ogos sifar daripada 7,816 tan pada Julai manakala jumlah import minyak isirung sawit menurun sebanyak 42.56% bulan ke bulan kepada 14,082 tan daripada 24,516 tan pada Jun,” tambah MPOB. - BERNAMA

standard