Pengeluaran PC Merosot 20.1% Pada Q3 2026 Kerana Krisis RAM

TechnologyBusiness & Finance
12 Oct 2026 • 8:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengeluaran PC Merosot 20.1% Pada Q3 2026 Kerana Krisis RAM

Saya meminta maaf kerana memulakan hari Isnin dengan beberapa berita yang kurang enak tetapi fakta perlu dilaporkan dengan telus. Menurut laporan terkini IDC, pengeluaran PC pada Q3 2026 susut mendadak 20.1% berbanding suku yang sama tahun lalu. Ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana harga komponen PC khususnya RAM, storan dan kad grafik melonjak naik disebabkan krisis RAM global.

SyarikatPengeluaran 3Q26 Pegangan pasaran 3Q26 Pengeluaran 3Q25 Pegangan pasaran 3Q25 Pertumbukan 3Q26/3Q25
1. Lenovo14.923.8%19.324.6%-22.6%
2. HP Inc10.316.5%15.019.1%-30.9%
3. Dell Technologies7.612.1%10.112.9%-25.0%
4. Apple5.99.5%6.78.5%-11.3%
5. ASUS5.58.7%6.07.6%-8.6%
Others18.429.4%21.427.3%-14.0%
Jumlah62.7100.0%78.5100.0%-20.1%
Sumber: IDC Quarterly Personal Computing Device Tracker, October 8, 2026

Secara lazimnya Q3 mencatatkan pengeluaran lebih tinggi berbanding Q2 tetapi tidak tahun ini. Penjual melaporkan mereka mempunyai inventori yang mencukupi tetapi ianya tidak terjual kerana pembeli enggan membayar harga yang tinggi.

Lenovo berada di kedudukan teratas dengan pegangan 23.8% pasaran diikuti oleh HP (16.5%), Dell (12.1%). Apple (9.5%) dan ASUS (8.7%). Sungguhpun begitu kelima-lima pengeluar PC terbesar dunia mencatatkan penyusutan jualan pada Q3 2026 berbanding Q3 2025. Hanya ASUS tidak mencatatkan penyusutan dua angka dengan HP paling terjejas teruk dengan penurunan hampir 31%.

Situasi tidak dijangka akan pulih dalam masa yang terdekat kerana SK Hynix, Samsung dan Micron telah menjual kesemua inventori RAM mereka sehingga 2027. Harga dijangka akan meningkat lagi sehingga 2027 dengan normalisasi diramalkan hanya berlaku 2028 itupun jika permintaan untuk pusat data AI tidak terus melonjak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved