Pengendali teksi terbesar Singapura, ComfortDelGro perluas perkhidmatan ke Johor dengan tambang S$80 sehala

LocalTravel
19 Sep 2025 • 4:31 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pengendali teksi terbesar Singapura, ComfortDelGro perluas perkhidmatan ke Johor dengan tambang S$80 sehala

image is not available

19/09/2025 - 16:31

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Sept - Pengendali teksi terbesar Singapura, ComfortDelGro Corp Ltd, akan menawarkan perkhidmatan perjalanan sehala ke Malaysia bermula 25 September 2025, sekali gus menambah pilihan pengangkutan bagi antara lintasan darat tersibuk di dunia.

Menurut hantaran di Facebook syarikat itu, penumpang yang dijemput dari kebanyakan lokasi di Singapura akan dikenakan kadar tetap S$80 (AS$62 atau kira-kira RM260) untuk perjalanan dan diturunkan di Terminal Larkin, Johor Bahru.

Pelancaran ini dibuat selepas pihak berkuasa Singapura mengadakan pertemuan dengan persatuan teksi dan kereta sewa pada Ogos lalu.

Menurut hantaran Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura, kumpulan tersebut berkata, perkhidmatan teksi rentas sempadan sedia ada tidak mampu memenuhi permintaan rakyat Singapura yang mahu ke Malaysia.

Antara kumpulan yang menggunakan perkhidmatan ini termasuk keluarga besar dengan anak kecil, warga emas yang melawat saudara-mara, dan ahli perniagaan.

Mereka turut membincangkan mengenai peningkatan kuota, kenderaan berkapasiti lebih besar, serta kerjasama dengan syarikat platform untuk tempahan menggunakan aplikasi, kata LTA dalam kenyataan awal bulan ini.

Langkah itu hadir seiring usaha Singapura dan Malaysia mengukuhkan kerjasama dua hala di bawah Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bagi menarik pelaburan bernilai berbilion dolar dan meningkatkan mobiliti tenaga kerja.

Pilihan pengangkutan rentas sempadan juga akan diperluas dengan projek Rapid Transit System (RTS) yang menghubungkan Singapura dan Johor Bahru.

Projek itu, yang mempunyai kapasiti puncak sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah, dijangka mula beroperasi menjelang akhir 2026.- DagangNews.com

standard