Pengerusi Ikim Dr Muhammad Nur Manuty meninggal dunia pagi tadi

26 Jun 2025 • 2:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 26 JUN: Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty meninggal dunia pada 11.27 pagi tadi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh pegawai khasnya Firhan Rosli dalam kenyataan hari ini.

Firhan berkata pemergian Muhammad Nur, 76, merupakan satu kehilangan besar buat umat Islam dan negara, khususnya dalam bidang dakwah, keilmuan dan pemikiran Islam.

“Marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa-dosanya, dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman,” katanya.

Menurut Firhan, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Al-Umm, Bangi selepas solat Asar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi.

Muhammad Nur dilantik sebagai Pengerusi IKIM pada 8 Mei 2023, dan sebelum itu pernah memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 1 Oktober 2018 hingga 30 September 2021.

Pada 18 Januari lalu, beliau menerima penghormatan tertinggi daripada Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) atas dedikasi, kepimpinan dan impaknya yang membawa perubahan besar kepada persatuan itu.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved