Pengerusi IKIM Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun

26 Jun 2025 • 5:09 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang hari ini.

Pengerusi IKIM meninggal dunia

image is not available

Foto: Berita Harian

Allahyarham meninggal dunia pada jam 11.27 pagi dan berita duka itu dimaklumkan oleh pegawai khasnya, Firhan Rosli melalui satu hantaran di laman Facebook.

“Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, dimaklumkan bahawa Murabbi kita semua, Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, jam 11:27 pagi, di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang,” kata Firhan, hari ini.

Dalam pada itu, dia menyifatkat pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kerana telah banyak menyumbang jasa terhadap perkembangan Islam buat negara.

image is not available

Foto: The Malaysian Reserve

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat umat Islam dan negara, khususnya dalam bidang dakwah, keilmuan dan pemikiran Islam.

“Marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa-dosa beliau, dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman,” jelasnya.

Untuk rekod, Muhammad Nur, 76, pernah melibatkan diri dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan dilantik sebagai Pengerusi IKIM pada 8 Mei 2023.

Sumber: Facebook Roslan Abu Hasan