Pengerusi kuil mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian

LocalPolitics
9 Feb 2026 • 2:42 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang pengerusi kuil dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Dengkil pada Isnin atas dakwaan menceroboh tanah persendirian tahun lalu..

Tertuduh, M Paramaguru, 49, didakwa menceroboh dengan memasuki kawasan tanah milik Datuk Suhaili Ahmad, 70, tanpa kebenaran di Jalan Selangor, Dredging, Dengkil kira-kira jam 4.45 petang pada 19 Jun 2025.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding sama, Timbalan Pendakwa Raya, Iznina Hanim Hashim memohon agar tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun, peguam bela, Darshela Hari Raja merayu supaya jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh perlu menyara isteri dan dua anak, termasuk seorang bayi berusia 11 bulan, selain tidak mempunyai rekod jenayah.

Baca juga:

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Tertuduh sebelum ini dilaporkan ditahan di rumahnya di kawasan sama pada jam 3.30 petang, Ahad lalu.

Sumber: Sinar Harian

The post Pengerusi kuil mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian appeared first on The Reporter.