Pengerusi Majelis Ulama Indonesia Tegur Ahmad Dhani, Guna Surah Al-Fatihah Untuk Intro Lagu

Entertainment
5 Oct 2024 • 1:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) Bahagian Seni, Budaya, dan Tamadun Islam, Jeje Zaenudin, menehur pemuzik lagenda Indonesia, Ahmad Dhani baru-baru ini.

Perkara ini susulan Ahmad Dhani menggunakan Surah Al-Fatihah dalam persembahan muzik semasa konsert Dewa.

image is not available

Memetik laporan Jakarta Globe, menurut Jeje, perkara yang dilakukan oleh Ahmad Dhani itu melanggar norma syariah dalam seni yang menggunakan surah pertama dalam kitab suci al-Quran itu sebelum menyanyikan lagu “Kuldesak”.

“Saya syak niat awalnya baik, mahu membaca Surah Al-Fatihah,”

Tambah Jeje lagi, beliau amat kesali kerana latar, peristiwa dan cara bercanggah dengan martabat dan kesucian al-Quran. J

eje juga berkata, membaca Surah Al-Fatihah mengikut alunan lagu dan diiringi muzik boleh dianggap sebagai mencemarkan dan tidak menghormati kitab suci.

Video persembahan oleh @CakD3pp itu boleh dilihat di bawah.

Walaupun teguran MUI menunjukkan ketidaksetujuan akan perkara yang dilakukan oleh penyanyi itu, ia bagaimanapun tidak menyebabkan tindakan undang-undang rasmi terhadap Dhani.

Bagaimanapun, beliau tetap meminta Dhani agar memohon maaf atas perbuatannya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article