Penggabungan PBS dan Star sekadar cadangan: Joachim

Politics
7 Jul 2023 • 1:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Parti Bersatu Sabah (PBS) menerima baik hasrat disuarakan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) untuk kedua-dua parti itu bergabung, namun menganggap setakat ini ia hanyalah sekadar cadangan.

Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam menjelaskan, setakat ini tiada perbincangan rasmi di antara kedua-dua pihak bagi tujuan itu (bergabung).

“Cerita bergabung ini adalah pramatang untuk dibincang kerana tidak ada atau belum ada jawatankuasa rasmi yang dibentuk untuk membincangkan perkara ini,” kata Pengerusi Pasukan Petugas PBS itu dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Joachim bagaimanapun berkata, PBS sememangnya sudah bekerjasama dengan komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang mana PBS dan Star adalah antara ahlinya.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Kerjasama ini akan diteruskan dan diperkukuhkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17,” kata Joachim.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Star, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan baru-baru ini yang mengatakan kesediaan Star untuk bergabung dengan PBS bagi memperkukuhkan parti pelbagai kaum berasaskan Kadazan Dusun Murut (KDM) sebelum Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan dua tahun lagi.

“PBS sudah bertapak di negeri ini sejak 38 tahun yang lalu. Perihal bergabung ini perlu mendapat persetujuan semua ahli PBS melalui Persidangan Tahunan (kongres),” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.