Penggangur hina Islam gagal bayar denda, dijel setahun

25 Jul 2022 • 2:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 25 JULAI: Seorang pemuda yang menghina Islam di Facebook dipenjara setahun selepas gagal membayar denda RM10,000 ditetapkan Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 selepas tertuduh, Syaidinar Abu Bakar, 36, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Tertuduh seorang penggangur bagaimanapun gagal membayar denda ditetapkan kemudian dikenakan hukuman tambahan enam bulan penjara, lapor Berita Harian.

Mengikut pertuduhan, Syaidinar menggunakan Facebook secara sedar memuat naik rakaman video berdurasi empat minit 13 saat dengan niat menghina Islam.

Kesalahan itu dilakukan di Lot 532A Kampung Bagan Chekok, Pulau Chondong, di Machang jam 6 petang pada 17 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah seksyen 233 (3) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved