Penggantungan aktiviti PN tidak jejas BN hadapi PRN Melaka

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 2:32 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penggantungan aktiviti PN tidak jejas BN hadapi PRN Melaka

TAPAH: Penggantungan semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) sejak Rabu lalu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak menjejaskan persiapan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan, BN sememangnya bersifat berdikari dengan pencapaian baik dalam PRN Negeri Sembilan dan Johor sebelum ini.

“Barisan Nasional memang berdikari. Kalau kita lihat sejarah di Negeri Sembilan dengan Johor membuktikan bahawa rakyat memang rindukan BN.

“Seperti mana disebut oleh Presiden Barisan Nasional sebelum ini, kita akan pergi solo,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Tapah ditemui pemberita pada majlis menyampaikan sumbangan kewangan kepada 194 individu yang layak pada Majlis Sumbangan Pendidikan 2026 kepada Pelajar Peringkat Ijazah, Diploma, Sijil & Tingkatan 6 di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng.

Media melaporkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS)  mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa kelmarin.

PN merangkumi Pas, Bersatu, Gerakan, MIPP dan Wawasan.

Berhubung bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diberikan pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara kes SRC International di bawah tahanan rumah, Saravanan menyambut baik keputusan berkenaan.

“Cuma tempatnya berbeza tetapi dari segi menjalani hukuman adalah hampir sama. Maka yang berubah adalah tempat tinggal. Kita tak perlu mempertikaikan.

“Bukanlah ada tahanan rumah, dia boleh suka-suka keluar dan sebagainya atau kita suka-suka melawat. Tidak akan berlaku,” katanya.

Berkaitan Tabung Solidariti Najib Razak pula, beliau memaklumkan MIC sentiasa sedia membantu menghulurkan bantuan sehingga pembayaran denda RM50 juta itu dapat dilunaskan. – UTUSAN

The post Penggantungan aktiviti PN tidak jejas BN hadapi PRN Melaka appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved