Penggantungan keahlian Abu Bakar tidak gugat kedudukan sebagai ADUN dan MB

LocalPolitics
24 Oct 2026 • 12:53 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penggantungan keahlian Abu Bakar tidak gugat kedudukan sebagai ADUN dan MB

PENGGANTUNGAN keahlian Abu Bakar Hamzah dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selama dua penggal pemilihan tidak menggugat kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Menteri Besar.

Ia berdasarkan Perkara 50A (Pindaan) 2022 antaranya seperti pemecatan daripada parti politik, pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politik dan pelepasan keanggotaan daripada parti politik tidak menyebabkan kerusi seseorang ADUN itu menjadi kosong.

Berdasarkan itu, Abu Bakar masih kekal sebagai ADUN dan tidak berlaku sebarang kekosongan.

Di peringkat parti, Abu Bakar diberikan masa selama dua minggu mengemukakan rayuan dan sekiranya rayuan ditolak sekali pun, secara teknikal Abu Bakar adalah kekal sebagai ahli Bersatu.

Bagaimanapun, hak-hak keahlian tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh penggantungan itu.

Secara asasnya, berdasarkan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri (Pindaan) 2022, kedudukan Menteri Besar itu kekal sebagai ADUN dan tidak berlaku sebarang kekosongan.

Selain itu, pelantikan Abu Bakar sebagai Menteri Besar tidak dibuat berdasarkan kedudukan atau jawatan dalam parti politik sebaliknya adalah berdasarkan sokongan majoriti ADUN.

Abu Bakar juga komited untuk memperkukuhkan kerjasama dengan semua ADUN sama ada dari Pas atau Bersatu bagi memajukan negeri.

Ia selaras dengan titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebelum ini yang mahu Abu Bakar diberikan ruang untuk terus memimpin Perlis sehingga tempoh penggal DUN berakhir.

Ketika merasmikan Penggal Persidangan Keempat DUN Perlis Ke-15, baginda mengingatkan semua ADUN bahawa pentadbiran negeri ketika ini adalah kerajaan pilihan baginda, selain bertitah kestabilan politik adalah kriteria penting bagi mengekalkan keyakinan pelabur.

Sebagai rekod, Abu Bakar dilantik sebagai Menteri Besar ke-9 pada 28 Disember 2025 susulan peletakan jawatan Mohd. Shukri Ramli atas faktor kesihatan.

Pelantikan dibuat Raja Perlis itu selaras dengan Perkara 37 (1), 39(4) dan 41 (2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis dan ia perlu dihormati oleh semua pihak.-UTUSAN

The post Penggantungan keahlian Abu Bakar tidak gugat kedudukan sebagai ADUN dan MB appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved