Penggera asap berbunyi, pengunjung pusat beli-belah diminta keluar bangunan

25 Jul 2026 • 6:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penggera asap berbunyi, pengunjung pusat beli-belah diminta keluar bangunan
Tangkap layar video tular. Gambar kecil: Azrul Hisham

JOHOR BAHRU – Suasana di sebuah pusat beli-belah di bandaraya ini bertukar kecoh apabila pengunjung dan pekerja diarahkan mengosongkan bangunan selepas penggera asap berbunyi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, kejadian berlaku apabila terdapat asap yang banyak di dapur sebuah kedai bakeri sehingga menyebabkan sistem pengesan asap itu berbunyi.

"Kami diberitahu oleh pihak pengurusan yang mana ada kejadian berlaku di bahagian dapur bakeri iaitu ketika sedang memasak menggunakan kaedah stim, secara tidak sengaja mengalami asap yang banyak sehingga menyebabkan sistem 'detector smoke' berbunyi.

"Pihak pengurusan pusat beli-belah itu terpaksa mengarahkan semua pelanggan keluar dari bangunan berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, pemantauan awal ketika polis tiba di lokasi, keadaan sudah stabil dan semua pelanggan sudah dibenarkan masuk semula.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan semua dalam keadaan baik serta terkawal.

Terdahulu, tular video memaparkan keadaan pelanggan dan pekerja pusat beli-belah yang sedang bergerak ke arah kenderaan masing-masing bagi mengosongkan bangunan berkenaan.

Namun, menerusi video berkenaan, pemilik video tidak tahu punca dan alasan pengosongan bangunan terbabit.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved