Penggodam GTA VI Dibebaskan

WorldGaming
24 Nov 2026 • 11:35 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Penggodam GTA VI Dibebaskan

ISTANBUL, 24 Nov (Bernama-Anadolu) -- Seorang penggodam Britain yang bertanggungjawab membocorkan rakaman permainan video Grand Theft Auto VI (GTA VI) dibebaskan daripada tahanan pada Isnin meskipun dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun atas beberapa serangan siber yang menyasarkan syarikat utama, lapor Anadolu Ajansi.

Arion Kurtaj, 21, anggota kumpulan penggodam Lapsus$, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan di Mahkamah Crown Woolwich pada 16 Nov, menurut Polis City of London.

Dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun pada 23 Nov selepas mahkamah mengurangkan hukuman asal sembilan tahun sebanyak dua tahun dengan mengambil kira tempoh dia menjalani rawatan di hospital atas perintah mahkamah.

Kurtaj kemudiannya dibebaskan secara bersyarat selepas tempoh tahanan terdahulunya turut diambil kira. Pada September 2022, Kurtaj menggodam sistem Rockstar Games dan mencuri 90 rakaman permainan GTA VI yang ketika itu belum dilancarkan, sebelum membocorkannya dalam talian.

Rockstar Games memaklumkan kepada sebuah mahkamah Britain pada 2023 bahawa syarikat itu menanggung kos kira-kira US$5 juta untuk memulihkan sistem susulan serangan siber berkenaan, selain melibatkan ribuan jam kerja kakitangannya.

Baca juga:

Serangan siber Kurtaj turut menyasarkan beberapa syarikat utama termasuk penyedia perkhidmatan telekomunikasi BT dan EE, syarikat teknologi kewangan Revolut serta platform pengangkutan Uber.

Dia mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan penipuan, empat kesalahan mengikut Akta Penyalahgunaan Komputer 1990 dan satu kesalahan berkaitan pemilikan telefon bimbit di dalam penjara.

Kurtaj, yang mengalami autisme dikenakan perintah penempatan di hospital tanpa had tempoh pada Disember 2023 selepas didapati tidak berkeupayaan untuk dibicarakan.

Perintah itu ditarik balik pada Januari 2026, sekali gus membolehkan prosiding jenayah terhadapnya diteruskan. "Kurtaj sedar akan tindakannya ketika melakukan jenayah ini dan akhirnya mengakui penglibatannya," kata Inspektor Detektif Polis City of London Mike O'Sullivan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved