GTA VI Catat Jualan 45 Juta Unit dan Jana Lebih $4 Bilion Setakat Ini

EntertainmentGaming
24 Nov 2026 • 9:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GTA VI Catat Jualan 45 Juta Unit dan Jana Lebih $4 Bilion Setakat Ini

Grand Theft Auto VI ialah produk hiburan yang mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah dengan ia menjana $3.79 bilion pada hari pertama. Ini melangkaui kutipan Avengers: End Game sebanyak $2.9 bilion yang merupakan pemegang rekod sebelum ini. Hari ini Alinea Analytics menerbitkan laporan menganggarkan sebanyak 45 juta unit GTA VI telah terjual setakat ini dengan ia menjana lebih $4 bilion.

Image from: GTA VI Catat Jualan 45 Juta Unit dan Jana Lebih $4 Bilion Setakat Ini

Angka ini tidak termasuk inventori yang belum terjual. Dalam laporan yang sama, Alinea turut menganggarkan 75.1% unit terjual adalah versi PS5 dengan baki 24.9% pula di Xbox. Sony telah mengesahkan GTA VI dimainkan lebih 39 juta pemain unik di PS5 pada hujung minggu lalu dengan 683 juta jam telah dihabiskan dalam permainan. GTA VI kini memegang rekod jumlah pemain serentak tertinggi dalam sejarah PlayStation.

Sebuah lagi statistik yang dikongsi oleh Sony ialah pada hujung minggu lalu mereka mencatatkan jumlah konsol PS5 baru diaktifkan tertinggi sejak ia dilancarkan hampir enam tahun lalu dengan GTA VI menjadi permainan pertama dimainkan pada 70% konsol baru diaktifkan.

Sungguhpun begitu GTA V masih memegang rekod permainan video Rockstar Games yang paling banyak terjual dengan 235 juta unit sepanjang hayatnya merentasi tiga generasi konsol dan satu platform PC. GTA VI masih boleh memintas rekod ini kerana versi PC belum lagi dilancarkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved