Pengguna Facebook Dan Instagram Kini Meluangkan 60% Masa Untuk Menonton Video

TechnologyDigital
26 Apr 2024 • 2:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta kini telah pun mengumumkan penyata kewangan terbaru mereka, sekaligus berkongsi beberapa statistik menarik dibawah platform mereka. Salah satunya adalah melibatkan tontonan video pada platform berkenaan.

image is not available

Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan diplatform berkenaan dengan menonton video. Ini sekaligus memperlihatkan eksperimen Reels di Facebook dan Instagram adalah berjaya, dan mengekalkan lagi pengguna di platform berkenaan.

Tidak mustahil sekiranya TikTok diharamkan di Amerika Syarikat, pengguna akan lebih aktif berkongsi video di platform bawah Meta – dan meningkatkan lagi kadar tontonan video di platform berkenaan.