Pengguna iPhone Boleh Kemaskini Ke iOS 17 Bermula 19 September 2023

TechnologyDigital
13 Sep 2023 • 3:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama-sama pengenalan iPhone generasi baharu, Apple kini turut mengumumkan mereka akan menawarkan sistem operasi iOS terbaru, iaitu iOS 17 kepada semua bermula 19 September 2023 kelak.

Untuk makluman, sistem operasi ini telah diperkenalkan beberapa bulan lepas, dan telah diuji dalam fasa beta. iOS 17 menawarkan sejumlah pembaharuan bersama dengannya, dan antara yang diperkatakan ramai adalah ciri paparan skrin pemanggil yang boleh diubah mengikut tetapan pengguna, kemudahan bertukar nombor panggilan, ciri penghantaran AirDrop jarak jauh, lebih banyak sokongan widget, serta aplikasi Journal baharu.

image is not available

Apple iOS 17 akan menyokong iPhone SE2 dan terkini, iPhone XR, iPhone XS, iPhone 11 dan terkini. Ia juga akan hadir terbina bersama iPhone 15.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh nantikan 19 September, 1 pagi untuk memulakan proses kemaskini ke sistem operasi baharu ini.