Sekiranya iPhone mempunyai iOS sebagai sistem operasi, untuk komputer Mac pula Apple menawarkan sistem operasi dinamakan macOS. Versi paling baharu adalah macOS Sonoma dan ia akan ditawarkan kepada semua pengguna bermula 27 September 2023.

Seperti pelbagai versi sebelum ini, macOS Sonoma akan ditawarkan percuma kepada pengguna Mac sedia ada. Ia hadir dengan sejumlah perkara baharu, termasuk sokongan untuk widget pada desktop, kemaskini pada aplikasi FaceTime, penaik-tarafan sejumlah ciri baharu pada Safari, dan juga mod baharu dinamakan Game Mode khusus bagi anda menikmati permainan video tanpa gangguan.
Bagi anda yang menggunakan MacBook, iMac dan sebagainya, boleh tandakan kalendar anda pada 27 September ini, dan memulakan proses kemaskini pada tarikh berkenaan.

