Pengguna iPhone boleh kongsi foto & video dalam kualiti asal di WhatsApp

Digital
5 Dec 2023 • 11:26 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

WhatsApp memperkenalkan pilihan baharu yang membolehkan pengguna iPhone berkongsi foto dan video dalam kualiti asal. Ini bermakna tiada lagi foto atau video yang akan 'dimampatkan' sehingga kelihatan kurang kualitinya.

Sebelum ini, foto dan video yang dikongsikan oleh pengguna iOS akan menjadi kurang berkualiti apabila dihantar melalui aplikasi pemesejan tersebut.

image is not available

Hantar foto & video kualiti tinggi

Untuk menggunakan fungsi ini:

  1. Buka sembang sedia ada dalam WhatsApp atau mulakan sembang baharu.
  2. Klik ikon +, sebelah kiri bar teks.
  3. Klik 'Document', pilih 'Photo or Video'.
  4. Pilih media yang ingin dihantar, kemudian klik anak panah biru untuk menghantarnya. Namun ada had saiz fail yang boleh dihantar menggunakan ciri tersebut, hanya 2GB sahaja.

image is not available

Tiada pratonton media ditunjukkan dalam tetingkap sembang pada fail yang dihantar. Tetapi penerima boleh klik fail untuk melihatnya.

Perlu diingatkan bahawa berkongsi foto dan video pada kualiti asal yang tinggi akan menggunakan lebih banyak data, ini terutamanya fail video yang boleh menjadi agak besar, bergantung pada durasinya.

Ciri ini sudah boleh digunakan oleh pengguna iOS yang telah mengemas kini aplikasi WhatsApp. Namun masih tidak dapat dipastikan bila pengguna Android akan menerima kemas kini yang sama.

[Sumber: WABetaInfo]

Bacaan berkaitan: