WhatsApp Memberikan Ciri Menghantar Gambar Dan Video Pada Kualiti Asal

TechnologyDigital
5 Dec 2023 • 3:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp telah dikemaskini hari ini dengan ciri yang membenarkan penghantaran gambar dan video pada kualiti asal. Menerusinya kandungan media yang dihantar tidak akan mengalami isu pemampatan sehingga mengurangkan kualitinya. Ia adalah berbeza dengan ciri menghantar gambar HD yang diperkenalkan beberapa bulan yang lalu.

image is not available

Walaupun gambar dan video boleh dihantar pada kualiti asal, WhatsApp meletakkan had saiz 2GB sahaja untuk setiap fail pada waktu ini. Pada waktu yang sama ciri ini hanya diberikan kepada penggunaan aplikasi iOS sahaja pada waktu ini tanpa sebarang maklumat bilakah ia akan diberikan kepada pengguna Android.

Untuk menggunakan ciri ini pilih Document dan bukannya Photos apabila ingin menghantar gambar atau video. Seterusnya pilih Choose Photo or Video dan pilihan media yang ingin dikongsi. Kemas kini aplikasi ke versi terkini untuk mencubanya hari ini.