Pengguna Kecam Tak Nak Beli Produk Kerana Sokong Palestin, Founder Huda Beauty Bagi Jawapan Padu

Entertainment
16 Oct 2023 • 5:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam ramai-ramai orang ternama menyokong Israel berkenaan dengan isu perang di Gaza ini, masih ada golongan yang berpengaruh tampil memberikan sokongannya terhadap Palestin.

Salah seorangnya adalah pengasas produk kosmetik terkenal di seluruh dunia, Huda Beauty iaitu Huda Kattan. Beliau dilihat begitu lantang dalam memberikan sokongannya terhadap Palestin, namun begitu ada pengguna produk kosmetik telah mengecamnya kerana sokongan itu.

Dalam satu ruangan komen, seorang pengguna itu menemplak Huda dengan mengatakan bahawa ramai rakyat Israel dari seluruh dunia telah menyokong produk kosmetik itu. Dia menzahirkan rasa kecewa kerana Huda memilih Gaza.

image is not available

Malah pengguna itu juga memberikan kata-kata lancang kepada Huda bahawa mungkin tiada orang Israel akan menyokong produk miliknya sambil mengutuk bahawa orang-orang Gaza takkan ada duit untuk membeli produknya itu.

Tidak berdiam diri, Huda memberikan respon ringkas tapi padat dan ia mendapat perhatian rakyat Malaysia sebelum tular di platform media sosial, X.

image is not available

Dalam masa 3 jam, perkongsian kenyataan savage daripada Huda ini tular dan meraih lebih daripada 4,800 jumlah perkongsian di platform X.

Ramai netizen memuji Huda dan dalam masa yang sama, ramai juga memberikan review baik terhadap kualiti produk itu.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article